Segalanya bermula dengan CINTA

Segalanya bermula dengan CINTA

Khamis, 26 Februari 2009

Impianku..


Inilah impianku.. impian zaman kanak-kanakku. Juga impian kakak-kakakku, lebih 20 tahun yang lalu, kala bermain cerita-cerita menghabiskan petang di bawah pokok ciku... Dan pada Februari 2009, ia telah menjadi kenyataan.

Isnin, 16 Februari 2009

Dari Bandar Seri Begawan ke Bandar Inai Merah

Dalam banyak sesi taklimat yang aku hadiri, yg aku antara ‘presenter’nya, ini mungkin sesi yg paling tak ‘stress’. Kenapa? Kerana delegasi dari Brunei ini benar-benar ingin belajar. Tidak seperti sesetengah IPT yang agak agresif, siap sedia untuk menyerang, dengan soalan2 ‘maut’ yang nyata mahu menjerat kami yang dianggap ‘polis’ jaminan kualiti ini, Haji dan Hajjah dari Bandar Seri Begawan ini betul-betul berminat ingin tahu tentang fungsi bahagian kami. Mungkin juga kerana audit institusi adalah perkara baru di Brunei Darussalam National Accreditation Council (BDNAC), yang hanya melaksanakan penilaian program ketika ini. Apapun aku dan kawan-kawanku – Puan N dan Puan R (nama dirahsiakan utk privacy :)), enjoy sesi ini, sebagai warm up yang baik untuk sesi taklimat IPT seterusnya. Nampak gayanya dengan surat jemputan taklimat IPT yg datang bagai peluru tak henti-henti, taklimat IPT dah jadi core business kami pulak. Lantas audit IPT bagaimana dong? Subcon saja, boleh?

Delegasi Brunei yang ramah-mesra

Khusyuk membentang.. Siapa tu? :)

Pakar APA.. tenang menunggu giliran.. hi hi..

Pakar COPIA kita.. COPIA di hujung jari :)

Misi berjaya.. wajah-wajah ceria