Segalanya bermula dengan CINTA

Segalanya bermula dengan CINTA

Rabu, 26 November 2008

Alangkah indahnya...


Alangkah indahnya.. bersantai di tepi pantai.. angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa (apa maknanya itu?).. menghirup jus pegaga (herba kegemaran :)) .. Ahh.. aku sudah dalam mood CUTI!!!

Akhirnya... yang kunantikan..

Alhamdulillah..
yang kutunggu dah tiba.. bukti kasihku pada buku (hasil awal), pada penulisan, sudah ada di tangan. Biar tidak sebanyak mana, setidak-tidaknya ada sesuatu yang boleh kukongsi dengan insan-insan yang kusayangi di sekelilingku. "Perkhidmatan kerja galakan penulisan sebuah manuskrip "Pohon Kasih" " begitu tercetak di baucar pembayaran yang kuterima daripada DBP. Terima kasih Cik Marwati, Puan Norimah.. dan aku tak lupa sifuku Zaharah Nawawi, dan Suriati Mamat, sahabat yang sudi berkongsi PCnya denganku selama tempoh aku mencurahkan ilhamku (ilhamNya) dalam manuskrip novel sulungku itu . Alamak, ramai lagi insan yg terlibat dalam pembikinan buku kecilku ini, nanti kutulis lagi lain kali, jangan ambil hati ya!

Boleh ke senyum bila marah?

Aku sepatutnya rasa marah pagi itu. Keretaku terhalang oleh sebuah Kancil yang tidak ditinggalkan nombor telefon oleh pemiliknya, yang hanya turun mengalih keretanya setelah aku sendiri mengetuk pintu rumahnya (mujur ada jiran yg prihatin memberitahu di mana rumahnya, jika tidak harus aku tidak bekerja hari itu, kalau pemandu bertuah itu tidak keluar sepanjang hari!) Kemudian ketika memandu keluar dari jalan sebelah kanan (aku tak dapat keluar jalan biasa, kereta di sebelah kiri terlalu hampir, harus terlanggar kalau kuundur ke kiri Kenariku), ada pula kereta datang dari hadapan jalan yang hanya boleh muat sebuah kereta. Dan aku harus mengundurkan keretaku, sehingga kereta itu dapat lalu, baru aku dapat keluar dari kesesakan kawasan perumahanku. Arghh.. pagi yang sungguh menyakitkan jiwa... namun aku pilih untuk tidak marah, namun tersenyum (walaupun mungkin tahap 'ikhlas' senyumku itu agak kurang) Tak mengapa kan, pura-pura, untuk kebaikan?

Selasa, 18 November 2008

Kunamakan ia ilham-cinta

Aku ingin menamakan ia 'ilhamdini' - sempena nama penaku - namun Google tak benarkan, mungkin ada yang lebih dulu menggunakan nama itu. Lalu datang ilham untuk menamakan ia 'ilhamcinta'.. Namun beberapa kali percubaan yang menguji kesabaran, akhirnya 'Pakcik Google' yang cerewet menerima cadanganku, dengan sedikit pindaan, lalu jadilah ia ilham bersempang cinta - 'iham-cinta'. Hmm.. kata orang, apa ada pada nama? Padaku, macam-macam ada!

Ahad, 16 November 2008

Di mana aku?

Hari ini, 17 November 2008 bersamaan 19 Zulkaedah 1429H.
Sudah 8 tahun, 4 bulan, 14 hari aku di organisasi ini. Tiba-tiba aku terfikir, apa yang dah aku capai selama ini? Ya, aku sudah melalui perjalanan hidup lebih tiga dekad. Cukup lama untuk menghasilkan 'sesuatu'.. yang bermakna, yang bermanfaat untuk orang lain, bila aku tiada. Apakah 'sesuatu' itu? Adakah, 'sesuatu' itu?? Hmm.. tiba-tiba aku terfikir...

Khamis, 13 November 2008

Blog.. apa ya?

Salam..

Akhirnya, aku kembali menulis - menaip - nota-nota cintaku (ayat-ayat cinta?). Kali ini aku mahu sungguh-sungguh. Sayang, catatan lamaku di wordpress gagal kujejak - silapku juga, 'rajin' sangat menulis. Sungguh, terasa rugi membiarkan ilham dariNya terbuang, tidak tercurah di mana-mana.. Ah, mujur ada ruangan ini - blog. Hmm.. Blog? Siapa tahu, "blog"asalnya dari cantuman kata "web log". Bijak! Terima kasih pada jutawan muda Irfan Khairi, kerana berkongsi ilmu ini. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang aku bawa pulang dari Bengkel Jutawan Internet, Nov. 2006, walaupun sampai sekarang belum lagi aku menjadi jutawan.. Ah, tak penting kan, asal hati bahagia :)