Segalanya bermula dengan CINTA

Segalanya bermula dengan CINTA

Khamis, 26 Februari 2009

Impianku..


Inilah impianku.. impian zaman kanak-kanakku. Juga impian kakak-kakakku, lebih 20 tahun yang lalu, kala bermain cerita-cerita menghabiskan petang di bawah pokok ciku... Dan pada Februari 2009, ia telah menjadi kenyataan.

Isnin, 16 Februari 2009

Dari Bandar Seri Begawan ke Bandar Inai Merah

Dalam banyak sesi taklimat yang aku hadiri, yg aku antara ‘presenter’nya, ini mungkin sesi yg paling tak ‘stress’. Kenapa? Kerana delegasi dari Brunei ini benar-benar ingin belajar. Tidak seperti sesetengah IPT yang agak agresif, siap sedia untuk menyerang, dengan soalan2 ‘maut’ yang nyata mahu menjerat kami yang dianggap ‘polis’ jaminan kualiti ini, Haji dan Hajjah dari Bandar Seri Begawan ini betul-betul berminat ingin tahu tentang fungsi bahagian kami. Mungkin juga kerana audit institusi adalah perkara baru di Brunei Darussalam National Accreditation Council (BDNAC), yang hanya melaksanakan penilaian program ketika ini. Apapun aku dan kawan-kawanku – Puan N dan Puan R (nama dirahsiakan utk privacy :)), enjoy sesi ini, sebagai warm up yang baik untuk sesi taklimat IPT seterusnya. Nampak gayanya dengan surat jemputan taklimat IPT yg datang bagai peluru tak henti-henti, taklimat IPT dah jadi core business kami pulak. Lantas audit IPT bagaimana dong? Subcon saja, boleh?

Delegasi Brunei yang ramah-mesra

Khusyuk membentang.. Siapa tu? :)

Pakar APA.. tenang menunggu giliran.. hi hi..

Pakar COPIA kita.. COPIA di hujung jari :)

Misi berjaya.. wajah-wajah ceria

Jumaat, 23 Januari 2009

RINDUNYA..

Rindunya.. rasa macam nak pecah dada. Dah seminggu tak jumpa, tak pernah berpisah begini lama.. Oh, rindunya aku.. Dah 10 bulan, sejak dia ada dalam hidupku,tak pernah tak tidur dengannya.. kecuali, ketika seminggu dia di wad dulu, dek jangkitan kuman di paru-paru. Waktu itupun tidurku tak lena. Mana taknya, 9 bulan dia dekat denganku, kuusap kubelai selalu, bergerak-gerak dia respons padaku.. tendang-tendang, garu-garu.. tiba-tiba dia dibawa pergi jauh dariku.. siapa yg menjaganya, makan tak dia.. aku tak tahu. Oh! Sedih sungguh.. Aku tak pernah rasa begitu, hingga aku menjadi seorang IBU.


Amin, selepas 4 jam di muka bumi, disorong utk tatapan Ummi sebelum dibawa pergi





Hari ke-3, wad ke-3 (Dewan Muslimah -> Bagan Specialist -> Hospital Kulim) Amin beberapa kali muncungkan bibir dan keluar bunyi macam mahu menyusu, bila namanya dipanggil.. Oh, bergenang juga air mataku!


Amin - dah 10 bulan 3 minggu - Alhamdulillah sihat, dan 'gundut', kata acik2nya. Balik minggu lepas 'tertinggal' di kampung.. 'ter' tu sebab tak plan, ayahnyalah punya idea. Katanya nak bagi aku rehat pulak.. Memang kalau ada dia tidurku tak lena - Amin kalau meraung tgh malam, 3 jam standard! Tapi bila tak dapat peluk cium dia.. haru-biru rasanya macam ada yg tak kena.. Makan tak lalu, tidur tak lena.. Hmm.. kawan2 pernah alami perasaan begini? (pengecualian kpd yg sdg bercinta :))

"Hello, Amin... Min buat apa? Ayah buat susu sedap dak? Tok suap makan moi perisa apa pulak ari ni? Tok Wan bawak naik motor?? Oo.. banyak lak soalan, apa kata Ummi buat soalan terkumpul? Hi.. pagi2 esok jugak balik kampung!!!"

Selasa, 13 Januari 2009

Mesti Baca.. " Ayat-Ayat Cinta"


Inilah buku pertama yg aku beli tahun 2009 ni. Baru separuh aku baca, selepas 2 minggu. Kira pencapaian terbaik la tu, buku lain yg bertingkat2 di rak tu, asyik menjeling2 aku :) Bukan aku dah lupa pada kecintaanku itu, masa yg sgt cemburu.

Hmm, mujur kegilaanku memborong buku sudah agak merudum sejak ada kegilaan baru, memborong baju baby :) Aku memang 'kutu buku' sejak sekolah rendah lagi, di era kegemilangan Enid Blyton dulu (Terima kasih byk Makcik Enid, keranamu aku jadi pencinta buku). Di zaman kemuncak kegilaanku pada buku, aku mampu habiskan 2-3 buku sehari, sanggup baca dlm gelap bila mak tutup lampu tengah malam.. mujur mata aku tak rabun (lahir tahun arnab kan, kuat mkn carrot :))

Berbalik pada 'Ayat-ayat Cinta', dah lama aku berniat nak beli novel ini. Semakin kubaca komentar pembaca di internet, semakin membara hasratku. Bukan sangat sebab nak tahu ceritanya, aku dah tengok cerita ni di TV raya th lepas, memang sedap, lain dr cerita Indon biasa. Tengok filem pun sudah terasa auranya, aku dpt rasakan bukunya pasti lebih hebat dan lebih 'touching'.. Betul, walaupun baru baca setengah cerita, aku angkat tabik pada penulis AAC ni, padanlah dia digelar 'Hamka Kecil'.


Muhammad Amin Syaizar, 10 bln, peminat cilik Habiburrahman El Shirazy, sudah mula menampakkan kecenderungannya pd buku, kertas.. dan objek2 di lantai :)


"Hmm.. syedap syangat.. Besaq esok Amin nak jadi penulis la, Ummi.. Ummi, Min nak ucu.."

Ahad, 11 Januari 2009

Dari Port Dickson ke Melaka




Dari Port Dickson mudik ke Melaka
Singgah mandi di Tanjung Bidara
Tahun 2008 penuh suka dan duka
Moga 2009 lebih gembira

Mm.. macam tak sedap kan? :) Aku memang tak pandai berpantun. Dalam banyak-banyak seni bermain dengan kata-kata ni, pantun memang aku 'surrender'.. walaupun ia paling pendek dan ringkas, namun aku letak ia di tempat terbawah selepas puisi, cerpen dan novel. Kalaulah aku ini hidup di zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu, agaknya tak terpilihlah menjadi dayang di istana raja.. Eh, ke situ pulak..

Sebetulnya yg nak aku abadikan adalah perjalananku dari Port Dickson ke Melaka pada hari terakhir tahun 2008 yg lalu. Tak ada apa2 plan menarik, cuma terasa nak menjelajah negeri Hang Tuah, menikmati pemandangan kampung2 yg indah permai, sebelum balik ke KL dari Port Dickson. Dari Teluk Kemang, sempat singgah di Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Tercatatlah sejarah dalam hidupku satu hari sampai di tiga pantai!

Sabtu, 10 Januari 2009

Chalet Terapung Teluk Bayu.. Jom, jalan-jalan!



Teluk Bayu - tempat lepak kaki pancing. Tapi aku bukan kaki pancing.. tangan yg pancing :) (nota: gambar di atas sekadar lakonan semata-mata)

Seronok! Itu saja yg dapat aku gambarkan ttg percutian keluargaku kali ini - penutup tirai 2008. Ke laut lagi.. Selepas Pulau Aman, Mei lalu, kali ini kami ke Teluk Bayu, Bukit Kecil.. Ha.. kawan2 yg dari Sg. Petani mesti tahu kewujudan 'Chalet Terapung Teluk Bayu'.

Chalet di atas air ni taklah seeksklusif Avillion PD, namun berbaloilah dengan sewanya +-Rm100 saja.. yang penting, bersih.. kalau yg audit chalet ni secerewet aku, bolehlah bagi ‘2 Bintang’.

Sangkar Ikan Ini Saya Punya..



Uniknya di sini, bersambung dgn chalet ada sangkar ikan. Boleh dapat ikan ‘fresh’untuk aktiviti bakar ikan.. yg ni hotel 5 bintang pun tak boleh ‘challenge’.. hi hi..

Jumaat, 9 Januari 2009

Rezeki Pagi Hari


Mamat, adik lelakiku yg bongsu, dengan hasil pancingannya – pari punya sedara @ ketuka.

Jom! Bakar Ikan



Aktiviti bakar ikan.. di depan, Bro. Sob (suami kakakku no.3, K. Ani), dia tukang bakar ikan walaupun waktu ni dia tak makan ikan (puasa sayur). Kerana rasa bersalah itu aku pun gantikan dia..

Nasi Lemak Kopi O


Sarapan pagi di atas kelong.. Jemput, jemput.. tak ada jemput2, cuma sandwich :)