Segalanya bermula dengan CINTA

Segalanya bermula dengan CINTA

Selasa, 13 Januari 2009

Mesti Baca.. " Ayat-Ayat Cinta"


Inilah buku pertama yg aku beli tahun 2009 ni. Baru separuh aku baca, selepas 2 minggu. Kira pencapaian terbaik la tu, buku lain yg bertingkat2 di rak tu, asyik menjeling2 aku :) Bukan aku dah lupa pada kecintaanku itu, masa yg sgt cemburu.

Hmm, mujur kegilaanku memborong buku sudah agak merudum sejak ada kegilaan baru, memborong baju baby :) Aku memang 'kutu buku' sejak sekolah rendah lagi, di era kegemilangan Enid Blyton dulu (Terima kasih byk Makcik Enid, keranamu aku jadi pencinta buku). Di zaman kemuncak kegilaanku pada buku, aku mampu habiskan 2-3 buku sehari, sanggup baca dlm gelap bila mak tutup lampu tengah malam.. mujur mata aku tak rabun (lahir tahun arnab kan, kuat mkn carrot :))

Berbalik pada 'Ayat-ayat Cinta', dah lama aku berniat nak beli novel ini. Semakin kubaca komentar pembaca di internet, semakin membara hasratku. Bukan sangat sebab nak tahu ceritanya, aku dah tengok cerita ni di TV raya th lepas, memang sedap, lain dr cerita Indon biasa. Tengok filem pun sudah terasa auranya, aku dpt rasakan bukunya pasti lebih hebat dan lebih 'touching'.. Betul, walaupun baru baca setengah cerita, aku angkat tabik pada penulis AAC ni, padanlah dia digelar 'Hamka Kecil'.


Muhammad Amin Syaizar, 10 bln, peminat cilik Habiburrahman El Shirazy, sudah mula menampakkan kecenderungannya pd buku, kertas.. dan objek2 di lantai :)


"Hmm.. syedap syangat.. Besaq esok Amin nak jadi penulis la, Ummi.. Ummi, Min nak ucu.."

Tiada ulasan: