Segalanya bermula dengan CINTA

Segalanya bermula dengan CINTA

Jumaat, 23 Januari 2009

RINDUNYA..

Rindunya.. rasa macam nak pecah dada. Dah seminggu tak jumpa, tak pernah berpisah begini lama.. Oh, rindunya aku.. Dah 10 bulan, sejak dia ada dalam hidupku,tak pernah tak tidur dengannya.. kecuali, ketika seminggu dia di wad dulu, dek jangkitan kuman di paru-paru. Waktu itupun tidurku tak lena. Mana taknya, 9 bulan dia dekat denganku, kuusap kubelai selalu, bergerak-gerak dia respons padaku.. tendang-tendang, garu-garu.. tiba-tiba dia dibawa pergi jauh dariku.. siapa yg menjaganya, makan tak dia.. aku tak tahu. Oh! Sedih sungguh.. Aku tak pernah rasa begitu, hingga aku menjadi seorang IBU.


Amin, selepas 4 jam di muka bumi, disorong utk tatapan Ummi sebelum dibawa pergi





Hari ke-3, wad ke-3 (Dewan Muslimah -> Bagan Specialist -> Hospital Kulim) Amin beberapa kali muncungkan bibir dan keluar bunyi macam mahu menyusu, bila namanya dipanggil.. Oh, bergenang juga air mataku!


Amin - dah 10 bulan 3 minggu - Alhamdulillah sihat, dan 'gundut', kata acik2nya. Balik minggu lepas 'tertinggal' di kampung.. 'ter' tu sebab tak plan, ayahnyalah punya idea. Katanya nak bagi aku rehat pulak.. Memang kalau ada dia tidurku tak lena - Amin kalau meraung tgh malam, 3 jam standard! Tapi bila tak dapat peluk cium dia.. haru-biru rasanya macam ada yg tak kena.. Makan tak lalu, tidur tak lena.. Hmm.. kawan2 pernah alami perasaan begini? (pengecualian kpd yg sdg bercinta :))

"Hello, Amin... Min buat apa? Ayah buat susu sedap dak? Tok suap makan moi perisa apa pulak ari ni? Tok Wan bawak naik motor?? Oo.. banyak lak soalan, apa kata Ummi buat soalan terkumpul? Hi.. pagi2 esok jugak balik kampung!!!"

5 ulasan:

maskjask berkata...

salam mimi,

wahh.. baru dapat tengok putera kesayanganmu.. dah besaq no...muka ummi dia nampaknya...putih melepak!! Semoga berbahagia yer...

safa berkata...

tertinggal? heheheh camana leh tertinggal anak nih?!

Ceni berkata...

ku penah merasai kesengsaraan sebegini... pastu hari-hari duk cium sambil peluk baju bucuk yg tak dibasuh utk hilangkan rindu...

Baju bucuk amin bawa balik tak?

ummicaca berkata...

hehhe... kak mimi.... tu dia penangan seorang bayi kan?

kalau penat pon rasa tak penat aje... kita rela penat lagi dari berjauhan, kan?

ummicaca aka hana

ilham berkata...

Kawan2 yg dah ada 2, 3, 4 'AJK kecik'tu boleh la kot kongsi tips camna nak maintain sihat wpun penat jaga anak.. asyik kena complaint sebab makin slim @ kerempen' :)