Segalanya bermula dengan CINTA

Segalanya bermula dengan CINTA

Ahad, 11 Januari 2009

Dari Port Dickson ke Melaka




Dari Port Dickson mudik ke Melaka
Singgah mandi di Tanjung Bidara
Tahun 2008 penuh suka dan duka
Moga 2009 lebih gembira

Mm.. macam tak sedap kan? :) Aku memang tak pandai berpantun. Dalam banyak-banyak seni bermain dengan kata-kata ni, pantun memang aku 'surrender'.. walaupun ia paling pendek dan ringkas, namun aku letak ia di tempat terbawah selepas puisi, cerpen dan novel. Kalaulah aku ini hidup di zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu, agaknya tak terpilihlah menjadi dayang di istana raja.. Eh, ke situ pulak..

Sebetulnya yg nak aku abadikan adalah perjalananku dari Port Dickson ke Melaka pada hari terakhir tahun 2008 yg lalu. Tak ada apa2 plan menarik, cuma terasa nak menjelajah negeri Hang Tuah, menikmati pemandangan kampung2 yg indah permai, sebelum balik ke KL dari Port Dickson. Dari Teluk Kemang, sempat singgah di Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Tercatatlah sejarah dalam hidupku satu hari sampai di tiga pantai!

Tiada ulasan: