Segalanya bermula dengan CINTA

Segalanya bermula dengan CINTA

Khamis, 18 Disember 2008

Pangkor Melambai... Aduhai!


Akhirnya hajat untuk bercuti di Pulau Pangkor tercapai.. Cuti sekolah hujung 2008 sempat 1 malam merasa angin pulau, sepetang bersantai di tepi pantai, merenung senja berlabuh.. Ah, tentu lebih indah, kiranya yang ada, hanya aku dan dia.. Cewah! Mana mungkin, kalau tarikh yang dipilih jatuh pada hujung minggu.. itulah jadinya, 'last minute' punya cerita.. Terasa nak pergi, booking, terus pergi.. He he.. waktu nak buat umrah dulu pun begitu, terasa2 lambaian kaabah, lalu pergilah aku akhirnya, walaupun seorang diri. Aku pun kadang2 sukar untuk memahami tabiatku yang satu ini. Cuma yang kutahu, aku memang 'anak bapak', bila sudah nekad, jarang patah balik!

Tiada ulasan: