Amin, selepas 4 jam di muka bumi, disorong utk tatapan Ummi sebelum dibawa pergi
Hari ke-3, wad ke-3 (Dewan Muslimah -> Bagan Specialist -> Hospital Kulim) Amin beberapa kali muncungkan bibir dan keluar bunyi macam mahu menyusu, bila namanya dipanggil.. Oh, bergenang juga air mataku!
Amin - dah 10 bulan 3 minggu - Alhamdulillah sihat, dan 'gundut', kata acik2nya. Balik minggu lepas 'tertinggal' di kampung.. 'ter' tu sebab tak plan, ayahnyalah punya idea. Katanya nak bagi aku rehat pulak.. Memang kalau ada dia tidurku tak lena - Amin kalau meraung tgh malam, 3 jam standard! Tapi bila tak dapat peluk cium dia.. haru-biru rasanya macam ada yg tak kena.. Makan tak lalu, tidur tak lena.. Hmm.. kawan2 pernah alami perasaan begini? (pengecualian kpd yg sdg bercinta :))
"Hello, Amin... Min buat apa? Ayah buat susu sedap dak? Tok suap makan moi perisa apa pulak ari ni? Tok Wan bawak naik motor?? Oo.. banyak lak soalan, apa kata Ummi buat soalan terkumpul? Hi.. pagi2 esok jugak balik kampung!!!"